Sila berubah menjadi manusia yang punya "HATI"
by
puankuci
- Ogos 08, 2015
Hati yang kau ranap-ranap
tu..
Sebenarnya bukan mati..diamnya
bererti.. dia redha dengan dugaan yang diberi..
Hati-hati..kadang mulut kata
maaf..tapi sebenarnya sakit tu masih dia rasa..dia akan ingat sampai
bila-bila..
Mungkin bukan mengingati
kerana dendam tapi kerana sebab yang lain..memaafkan dan cuba melupakan..cuba ikhlas untuk membiarkan.. tapi sakit..
Kenapa dulu kalian rapat
kini tidak? Sebab luka di hati itu jahitnya kekal..pulih tidak berdarah tapi
masih berparut kekal.. kau tidak puas hati, kau tambah lagi.. kau burukkan..kau buat jalan cerita baru.. untuk dia.. babak baru kau buka.. orang lain mula menjauh dari dia..yang kau tahu..cuma PUAS..dengan semua yang kau sudah buat.. dalam hati kau.. "alaaa..dia bukan tahu.."
dia masih diam.. dia tahu semua itu..
di hadapan mungkin kau nampak dia tenang.. tapi dalam diam kau tidak tahu.. berapa titik air matanya menitis..
Cuma..dia tidak balas dengan
cara apa yang telah kau buat.. dia lepaskan kau di dunia agar kau cari dia di
akhirat kelak..
Sakit yang dia rasa..boleh
buat dia tuntut kau di sana kelak..
Jadi.. hati-hati.
Sila berubah untuk menjadi manusia yang punya "HATI".
Assalamualaikum..