Kenali Teman Gunting Dalam Lipatan

by - Disember 01, 2015






Assalamualaikum.

Bayangkan orang yang kamu anggap sebenar-benarnya teman rupa-rupanya gunting dalam lipatan.Hoho..Sudah tentu kamu akan berasa sedih an3??

Padahal selama ini kamulah orang yang paling banyak berhempas pulas sampai terduduk mengheret kaki merayap untuk membantunya.Namun setiap pengorbanan kamu sedikit pun tidak dihargainya.

Patutkah dia digelar teman?


hmm..


Mari kenali ciri-ciri teman gunting dalam lipatan.

1.Berpura-pura Baik

-Haha..individu ni kalau di depan kamu bukan main lagi dia bermuka-muka.Dia sangat sangat sangat Profesional dalam memainkan peranannya sebagai teman yang pada zahirnya nampak menyokong setiap tindak tanduk kamu.Namun sebaliknya..Jeng Jeng Jeng!!sudah banyak cerita yang dijaja tanpa pengetahuan kamu.Baginya,Kamu perlu Di-Nyahkan secepat mungkin kerana kamu dianggap saingan yang sangat hebat dan akan menggugat kedudukannya.



2.Suka Menghasut

-Haaa..yang ni lagi hebat..dalam diam individu ni bijak mengatur strategi untuk menjatuhkan reputasi dan maruah kamu.Dia juga menghasut kamu untuk membenci orang lain serta menimbulkan rasa tidak puas hati kamu dalam kalangan kamu bersama teman-teman.Kamu pula langsung tidak menolak atau membantah malah mengiyakan saja kata-katanya..Jadi,Awas!Jangan terpengaruh olehnya..


3.Tidak Berpuas Hati

-Individu ni biasanya menyakitkan telinga orangnya..setiap apa yang kamu lakukan pasti dialah orang pertama yang akan membangkang,seolah-olah dia menyokong kamu dan menunjukkan perasaan tidak puas hatinya terhadap tugasan atau sikap teman-teman kamu kononnya.Dia ingin menunjukkan kepada diri kamu bahawa dialah teman yang sanggup berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.Namun saat kamu mengalami pelbagai masalah dan rintangan,dia biasanya hilang entah kemana dan tidak langsung membantu kamu.Jika tidak pun,dia hanya tahu bercakap besar sahaja.


mulut banyak cakap..tapi tindakan?? hampehh.


4.Hasad Dengki

-Teman gunting dalam lipatan ni sebenarnya tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya dan sasaran dia adalah kamu.Gara-gara kamu disenangi oleh teman-teman,dia menyimpan rasa iri hati dan sekaligus ingin menjatuhkan kamu.Kamu kena sedar,dia bukanlah teman yang sanggup bersusah payah demi kamu dan jangan sesekali mempercayainya.



5.Tidak Menasihati
-Sebagai teman,dia sepatutnya menasihati kamu daripada melakukan perkara-perkara yang dianggap tidak rasional.Namun dia pula menggalakkan kamu untuk menyimpan rasa marah terhadap orang lain yang menyebabkan anda bengang.Sepatutnya teman yang baik akan mengajak kamu ke arah kebaikan dan bukannya keburukan.


6.Mengadu Domba

-Individu yang paling berbahaya untuk dijadikan teman ialah individu yang suka mewujudkan konflik di antara teman yang lain.Setiap kali berlakunya perselisihan faham,dia adalah individu yang selalu sanggup untuk menjadi orang tengah untuk mendamaikan kamu.Namun di belakang kamu pelbagai cerita yang muncul dari mulutnya dan disampaikan kepada teman..Saat itu,kamu dan teman mula berselisihan faham dan saling menuding jari di antara satu sama lain.Berhati-hatilah!


7.Mulut Manis

-Kalau bercakap memang manis mulutnya.Semua yang kamu lakukan akan dipuji dan menunjukkan bahawa dia adalah seorang teman yang baik.Sebolehnya dia akan menjaga hati kamu dan tidak sesekali akan melukakan hati kamu.Dengan cara itu,kamu akan rasa dirinya sangat baik dan boleh dipercayai.Sebenarnya kebaikan yang dibuat itu semata-mata untuk menutupi mata kamu daripada mengesan rencananya..Haha.


Kalau begitu,bijak-bijaklah dalam memilih kawan..tapi kalau wujud kawan macamni dalam kalangan kamu..try to face her/him..guna minda untuk mengatasi orang macam ni..jangan pulak terus membenci individu tersebut..apa yang penting.. POSITIF dulu. sila tegur dan maafkan kerana individu tersebut juga merupakan insan yang biasa.

JANGAN KERANA PENAMPILAN BURUK,
BURUK JUGA PANDANGAN KAMU PADANYA.

k..bai


Peace yo..






You May Also Like

0 comments

drop your comment buddy.