Review Novel : Awek Mata Bundar
by
puankuci
- September 21, 2018
Assalamualaikum
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
di selang seli dengan kopi.. makan burger dan ayam goreng. Aku berjaya habiskan baca novel ni pada jam 1.27am. - 21/09/2018
Awek Mata Bundar
Jangan terpedaya dengan tajuk dan cover. Ini novel seram!
Merupakan kisah benar penulis, dia cerita kisah dia kena santau kena sihir, hingga sakit terlantar. Teruk dia kena sampai ada satu masa tu dia hampir menyerah sebab dia rasa dugaan itu terlalu berat bagi dia.
Aku bagi bintang bintang di langit untuk novel ni. Jalan cerita mudah faham tapi terbawa-bawa aku bila membaca. Meremang itu sudah tentu! Tahniah! Abe Krambit. Tahniah twirlight zone publishing.
Sama-sama kita doakan supaya penulis novel ini cepat sembuh. Insya Allah . Amin.
Melekat di hati, muka surat 127.
"Bila Allah sebut kun faya kun.semua isu berbangkit sudah tidak penting lagi. benda tetap jadi walau ditentang,suka tidak suka tetap jadi.Sebab itu kehendak Allah.
Sebagai manusia kita kena tepuk dada tanya hati.Kita nak jadi hamba Allah yang taat dan redha dengan takdir-Nya atau nak jadi hamba yang mendustakan nikmat-Nya."
sini aku belanja sikit titik pertemuan dua sejoli tu,
Dadaku berdebar bila aku merasakan yang aku sedang diperhatikan. Kuat perasaan itu tetapi apabila aku cari, tidak pula aku nampak orang yang sedang memerhatikanku. Pelanggan di situ ramai tetapi aku tengok semuanya sedang buat hal sendiri. Jadi, aku pun menepis apa yang aku rasai. Perasaan je, aku berkata pada diri sendiri tetapi semasa duduk, aku terasa tengkukku dihembus dengan kuat. Fuh! Terus tegak meremang semua bulu yang ada pada tubuh badanku.
Haih, apa benda pulak ni?
Seperti biasa, Warung Tok Minah dipenuhi orang. Azizah berkelentang-kelentung di dapur menyiapkan pesanan pelanggan. Mak tok dia duduk di kaunter, mengira duit.
“Minum apa, bang? Macam biasa ke?” Budin, adik lelaki Azizah bersiap sedia hendak mengambil oder kami.
“Tanya dia. Dia belanja malam ni.” Aku menuding jari ke arah Petak. Dia yang hendak belanja, biar dia sendiri yang oder. Lagi selamat begitu. Bukan apa, aku takut aku jadi lebih sudu dari kuah. Mentang-mentanglah tidak keluarkan duit sendiri.
“Macam biasalah. Teh O ais limau dua. Makan... errr... kau nak makan apa malam ni, Sin? Nasi paprik jugak ke?”
“Paprik daginglah, apa lagi!” Pantas aku menjawab tetapi aku tidak pandang pun muka Petak sebab semasa itu, aku sedang sibuk memerhatikan awek manis berbaju kurung dan memakai tudung, yang sedang duduk bersendirian di meja paling hujung. Tetapi... bila masa dia sampai? Tadi aku tidak nampak sesiapa pun duduk di situ.
Awek itu seorang sahaja perempuan di situ. Dia menunggu kawan agaknya. Tetapi... sudah pukul berapa ni?
“Nasi paprik daging dua, teh O ais limau dua.” Petak duduk menyenget selepas mengoder.
Kami tidak bersembang langsung selepas itu. Petak ralit menonton perlawanan bola sepak di TV skrin besar. Aku pula duduk diam-diam sambil memerhatikan awek di meja hujung tadi. Nampaknya, awek itu memang sedang menunggu seseorang. Mungkin dia sedang menunggu pakwenya. Lemah terus hati aku jadinya.
Orang cantik, mestilah sudah ada pakwe.
Tiba-tiba awek itu menoleh ke arahku. Muka dia comel Ya Rabbi. Dalam cahaya yang agak suram itu, aku masih boleh nampak betapa cantiknya dia. Mata dia, bibir dia… aduh, mak... terliur aku dibuatnya. Agaknya air liurku memang menjejer sebab awek itu tunduk tersipu-sipu bila dia perasan aku sedang merenung. Selepas itu, dia mengangkat semula mukanya dan menjeling aku.
Kalau mau baca sila beli. Sorry aku tidak mahu bagi pinjam.