Semangkuk sup ujian kita. Duduk dan hadam perlahan-lahan.
by
puankuci
- Jun 27, 2015
Assalamualaikum.
Ujian
kita.
Manusia
angguk, faham. Tapi tidak semestinya dia memahami.
Contoh..
“Kasut”
Kasut kita mungkin sama, tapi.. ujian kita
bersama kasut tersebut lain-lain..
Ada
yang sekadar memandang kasut itu dan langsung tidak pernah cuba dan pakai kasut
kita. Tapi pandai-pandai cakap longgar, pandai-pandai cakap ketat.
Cuba
letak kaki kau ke dalam kasut dia. Cuba kau rasakan sendatnya, ketatnya kasut
dia. Dan dengan kasut itu cuba kau berjalan, kau akan rasa, ada lubang di tapak
kasutnya. Berangin-angin..sejuk..masuk air..masuk lopak.. Namun sebelum ini
kita tidak nampak. Namun di luaran kasut itu,Cantik,nampak bersih.berkilat,
realitinya, kasutnya berlubang, kaca bersepai menjamah kakinya. Lukanya dalam
mengoyak kulit.Sakit tapi dia tidak menjerit. Luka dibalut. Tiba-tiba dia
terpijak lopak. Lumpur yang kental dan sejuk menambahkan sakit luka di kaki. Waktu
itu kau akan rasanya perihnya hidupnya. Berbezanya hidupnya.Tidak sama dengan
kau. Kau akan dapat lihat dunia dari mata dia. Dalam kasut dia, kau akan tahu
apa jadi pada dia.
Tapi
manusia hari ini suka sangka-sangka. Ada yang tidak faham maksud sesuatu kata Tidak
faham akan sesuatu yang berlaku, tetapi pandai-pandai meneka. Tanpa tahu benar
atau tidak tekaan tersebut. Sehingga mula menghakimi tanpa bertanya. Berlagak
hebat tahu segala. Sehingga menyakiti sesama manusia.
Yang
berehat di anggap pemalas.
Yang
senyum di anggap mengejek.
Yang
berbincang disangka mengumpat.
Yang
berkata disangka menunjuk.
Yang
ceria disangka mengada.
Yang
bertanya disangka menyibuk.
Yang
buruk tambah diburukkan.
Yang
hina dipijak-pijakkan.
Yang
sakit dilanggar dihimpit.
Kita
siapa sebenarnya? Boleh bertanya? Minda sedar kita sebenarnya tahu bahawa masing-masing punya kekurangan dan kelebihan. Tidak sempurna. Kenapa perlu bersangka-sangka.
Tidak
marah.. Tidak penat.. sebab kita perlu tahu..
Kita
adalah ujian bagi orang lain.
Aku
adalah ujian untuk kau.
Kau
adalah ujian untuk aku.
Aku
adalah ujian untuk kawan aku.
Kawan
aku adalah ujian bagi aku.
Kerja
kau adalah ujian untuk kau.
Kerja
aku adalah ujian untuk aku.
Mudah.
Tepat dan super best power. Kita duduk diam sebentar dan cuba faham. K bai.