Belajar tinggi-tinggi tapi BENARKAH menjamin masa depan??
by
puankuci
- Februari 11, 2016
Belajar tinggi tapi BENARKAH menjamin masa depan??
Assalamualaikum..
Orang dulu-dulu selalu berkata, belajar biar rajin, biar pandai
supaya besar nanti senang dapat kerja, falsafah tu orang-orang kita pegang sampai sekarang, itu sebab bangsa
kita tidak maju..itu bagi aku..tak suka aku tak paksa..
MEMANG.. Memang kita
wajib belajar,sebab ilmu ni takkan habis, sehinggakan kita nak meninggal pun
ada orang yang tolong ajarkan kita mengucap, ITU CONTOH.
“Belajar di situ confirmkah dapat kerja?”
“Ada degree itu, tapi kerja ini..kesian, tak match dengan degree
yang dia ambil”
“Ada degree, ada diploma tapi masih menganggur??”
“Duduk rumah kasi habis beras mak bapak jak”
“Alaaa..belajar tinggi-tinggi lepastu duduk berniaga.. baik tak
payah belajar, budak baru habis sekolah pun boleh berniaga”
Antara pujangga yang sering meniti di bibir-bibir segelintir
golongan cendikiawan yang suka menimbulkan pertanyaan yang sebenarnya
jawapannya ada di hadapannya sendiri.
Boleh duduk fikir sendiri.
Nahh..nahh..nahhh..
Percayakah kalian dengan istilah,
“Rezeki ada di mana-mana??”
Ringkas.. BELAJAR UNTUK HIDUP.
Seperti insan insan yang lain sudah pasti kita memerlukan usaha dan
ikhtiar untuk mencari sesuap nasi, bukannya level kita untuk berpeluk tubuh
mengharapkan rezeki jatuh bergolek dan berDILWALE dari atas bukit dan menuju kearah
kita dengan relanya, BETUL BUKAN?? Kalau faham bagusss..
Sebenarnya memang semuanya hanya dari kita.. bilang orang
sabah.. “dari kau saja bha tu”..
Dan kalau kau mahu sambung belajar.. maka sambunglah
dan “ Kasi jadi”
Jika tidak, maka tidaklah.. Senang.
Yang penting sebenarnya bukan belajar tinggi tetapi bagaimana
ilmu yang kita belajar itu digunakan, kalau kita ada sedikit ilmu, gunakan ilmu
itu semaksima yang mungkin..
Hidup ini adalah 10% tentang apa yang berlaku kepada kamu, dan
90% tentang bagaimana tindakan kamu menghadapinya.
Percaya atau tidak.. bolos saja dinding itu. MUKA SENYUM.
K bai.