Belajar tinggi-tinggi tapi BENARKAH menjamin masa depan??

by - Februari 11, 2016



Belajar tinggi tapi BENARKAH menjamin masa depan??

Assalamualaikum..

Orang dulu-dulu selalu berkata, belajar biar rajin, biar pandai supaya besar nanti senang dapat kerja, falsafah tu orang-orang  kita pegang sampai sekarang, itu sebab bangsa kita tidak maju..itu bagi aku..tak suka aku tak paksa..

MEMANG.. Memang kita wajib belajar,sebab ilmu ni takkan habis, sehinggakan kita nak meninggal pun ada orang yang tolong ajarkan kita mengucap, ITU CONTOH.

“Belajar di situ confirmkah dapat kerja?”

“Ada degree itu, tapi kerja ini..kesian, tak match dengan degree yang dia ambil”

“Ada degree, ada diploma tapi masih menganggur??”

“Duduk rumah kasi habis beras mak bapak jak”

“Alaaa..belajar tinggi-tinggi lepastu duduk berniaga.. baik tak payah belajar, budak baru habis sekolah pun boleh berniaga”

Antara pujangga yang sering meniti di bibir-bibir segelintir golongan cendikiawan yang suka menimbulkan pertanyaan yang sebenarnya jawapannya ada di hadapannya sendiri.

Boleh duduk fikir sendiri.

Nahh..nahh..nahhh..

Percayakah kalian dengan istilah,
“Rezeki ada di mana-mana??”
Ringkas.. BELAJAR UNTUK HIDUP.

Seperti insan insan yang lain sudah pasti kita memerlukan usaha dan ikhtiar untuk mencari sesuap nasi, bukannya level kita untuk berpeluk tubuh mengharapkan rezeki jatuh bergolek dan berDILWALE dari atas bukit dan menuju kearah kita dengan relanya, BETUL BUKAN?? Kalau faham bagusss..

Sebenarnya memang semuanya hanya dari kita.. bilang orang sabah.. “dari kau saja bha tu”..

Dan kalau kau mahu sambung belajar.. maka sambunglah
dan “ Kasi jadi”
 Jika tidak, maka tidaklah.. Senang.

Yang penting sebenarnya bukan belajar tinggi tetapi bagaimana ilmu yang kita belajar itu digunakan, kalau kita ada sedikit ilmu, gunakan ilmu itu semaksima yang mungkin..

Hidup ini adalah 10% tentang apa yang berlaku kepada kamu, dan 90% tentang bagaimana tindakan kamu menghadapinya.

Percaya atau tidak.. bolos saja dinding itu. MUKA SENYUM.

K bai.

You May Also Like

0 comments

drop your comment buddy.