Anemia Dalam Kehamilan - Jangan Ambil mudah!

by - Julai 04, 2017


Assalamualaikum

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Tanda anemia


Pengertian:

➦Anemia adalah kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah.

➦Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

➦Anemia dalam kehamilan ialah kondisi dimana kadar Hemoglobin dibawah 11 g% pada trimester 1 dan 3 atau kadar <10,5 g% pada trimester 2


Tanda ibu hamil mengalami anemia


  • Kelihatan lemah atau kelelahan
  • Pening
  • Sesak nafas 
  • Denyut jantung Cepat atau berdebar-debar
  • Kelihatan pucat pada bibir, kuku, dan kulit Tangan dan kaki sejuk
  • Sukar memberikan tumpuan
  • Mengalami Insomnia

Cara untuk mengatasi masalah Anemia semasa hamil

Tambah darah dengan Pil Hematinik

Makan makanan yang kaya dengan zat besi


Kurangkan memakan makanan yang menjadi penghalang kepada penyerapan zat besi seperti Kopi,teh, minuman berkola dan minuman bercoklat.

Jika ingin mengambil makanan atau minuman tersebut, pastikan diambil sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam selepas waktu makan atau selepas makan pil hematinik.

Makanan kaya dengan zat besi


Lebihkan pengambilan makanan yang membantu untuk penyerapan zat besi seperti jambu batu, limau, betik, mangga,daging,hati, ayam, kerang,ikan,sotong ikan bilis, dan sayuran hijau (sawi,pucuk ubi,bayam, kangkung,kailan)

Minum jus buah buahan. 


Jom sama-sama jaga kesihatan diri kita.
Semoga kandungan kita sihat dan selamat semuanya.

Amin..
kbai,

You May Also Like

4 comments

  1. Anemia.. mmg bahaya kalau ibu kurang darah ni.. kena ambil berat

    BalasPadam
  2. kena berjaga2 ye, haslina pregnen kan.
    sgt tak baik ni utk mama pregnen.
    aida dulu bukan anemia, tapi low blood pressure.
    seksa.
    bacaan mesti merah ajer keje nyer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eya sis.. semoga selamat dan dipermudahkan semuanya.. mohon doanya ya.. :)

      Padam

drop your comment buddy.