Petua mengubati bisul
4 PETUA MENGUBATI BISUL
Apa itu bisul?
Bisul adalah sejenis jangkitan kulit dan ia berlaku apabila bakteria menyerang kulit melalui folikel rambut. Kemudian ia akan tumbuh dan membiak di akar atau folikel rambut. Bisul yang timbul ini akan kelihatan kemerah-merahan, bengkak dan bernanah. Cecair bisul pula adalah campuran darah dan nanah. info : Pilihsihat.com
Bisul ini dikaitkan dengan sejenis bacteria Staphylococcus Aereus. Bisul ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya;
- orang yang kurang menjaga kebersihan
- orang yang sistem imun badan yang lemah
- orang yang tinggal di kawasan yang sesak
- orang yang alergik dan alah terhadap ubat-ubatan
- orang yang kekurangan nutrisi
- pesakit diabetis pun berisiko terkena bisul
- orang yang suka memakai pakaian ketat hingga sehingga menyebabkan kulit melecet
- orang yang mmpunyai masalah kulit
Bisul ni boleh tumbuh di bahagian leher, muka, ketiak, punggung atau paha. Ini kerana kawasan ini antara kawasan yang kerap berpeluh dan terlindung. Dalam masa 24 jam bisul menjadi makin besar dan ketulan bernanah akan muncul. Dan ia akan menjadi lebih sakit dalam masa seminggu.
Tanda-tanda terkena bisul:
- timbul bengkak atau benjolan warna merah pada permukaan kulit
- ada nanah berupa bintik putih pada permukaan benjolan merah
- rasa menyakitkan dan ngilu bila tersentuh permukaan kulit berwarna merah
- timbul rasa gatal pada bahagian kulit yang terkena bisul
Bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.
Untuk mengubati bisul, bolehlah cuba mana-mana petua di bawah:
1) Cuka
Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.
2) Bawang Putih
Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.
2) Bawang Putih
Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.
3) Beras dan Kunyit
3) Beras dan Kunyit
Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.
4) Daun Sirih
4) Daun Sirih
Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.
❤❤❤
Semoga bermanfaat.
❤❤❤
Semoga bermanfaat.
4 comments
Good tips kuci. Tq
BalasPadamlast kena masa sekolah menengah form 2
BalasPadamzaman duduk asrama
haha
Nice sharing.. bookmark..
BalasPadamTeringat dulu masa secondary school kena bisul dkt pipi. Sakitnya tak terbendung.. bila pecah je bisul darah keluar meleleh smp kecut pipi liez hihihi..bagus pakai petua lama sbb xde chemical
BalasPadamdrop your comment buddy.