KENAPA TIDAK KURUS-KURUS? KENAPA TIDAK GEMUK GEMUK?

by - Jun 10, 2016







Assalamualaikum..

Kenapa tidak kurus-kurus? Kenapa tidak gemuk gemuk?? pernah atau tidak kamu alami perkara sebegini? sudah makan macam-macam produk, sudah sapu macam-macam krim panas dan sebagainya..tapi tidak juga kurus-kurus..tapi tidak juga gemuk gemuk.. kalau turun berat pun kejap..lepas tu naik balik..makan macam-macam produk tapi tidak nampak pun perubahan..yang dari luar mahupun dari dalam..sama macam tidak ambil apa-apa..kepada si Kurus pula, makan banyak macam mana pun tetap tidak gemuk gemuk.. agaknya kenapa??

Ada juga dialog yang kedengaran,


"saya makan sikit saja tapi berat tak turun pun"
"saya jaga makan, tidak makan nasi tapi masih gemuk"
"saya sudah buat semua...diet, malam tidak makan, senaman pun kerap tapi kenapa tidak ada perubahan pun pada berat badan saya?"

“saya sudah makan banyak.. tidak juga gain weight”

Memang susah nak turunkan berat badan..memang susah juga naikkan berat badan...ia adalah kenyataan.

Setiap orang mesti ada DISIPLIN yang tinggi,kalau setakat hangat-hangat tahi ayam tidak berkesan juga kan??

Mulakan amalan memilih makanan SIHAT berbanding makanan SEDAP.Hargai kesihatan sementara kita masih memilikinya.

Tahukah kamu sebenarnya semuanya bermula dengan usus kita?usus yang kotor dan bertoksin menyebabkan vitamin tidak dapat diserap kedalam salur darah kita...jadi, apa gunanya makan macam-macam produk kesihatan , kecantikan, sapu macam-macam pada kulit kalau usus kita sendiri jadi penghalang kepada kejayaan misi kita kan...


Bagaimana usus kita boleh kotor dan bertoksin?




Kehidupan seharian kita merupakan antara penyumbang terbesar kepada kekotoran dalam usus kita. kita selalu terdedah kepada pencemaran dan bahan kimia. Air, udara dan makanan yang kita masukkan dalam badan kita setiap hari dicemari dengan toksin dan sangat berbahaya. makanan yang kita makan juga mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi, yang sukar untuk dicernakan. kehadiran toksin-toksin dan lemak-lemak tepu yang terkumpul menyukarkan makanan yang dimakan dicernakan dengan sempurna..nanana.. apa yang kita perlu buat??

Pembersihan Usus

Proses pembersihan usus adalah penting untuk mengembalikan tubuh kita kepada keadaan yang seimbang dan kesihatan yang baik. kita perlukan nutrien dari makanan, vitamin atau suplemen yang kita makan dapat diserap sepenuhnya kedalam darah lantas menepati jumlah piawaian yang diperlukan oleh tubuh kita.


apa yang boleh kita lakukan untuk membersihkan usus kita?


Air Detoks 





sekarang ni sangat famous dengan detox water yang boleh membantu membersihkan usus kita..anda boleh beli air detoks tersebut ataupun anda boleh buat sendiri..tapi pastikan kulit buah-buahan yang digunakan bebas dari wax..kita tidak mahu air detoks yang diharapkan dapat membersihkan usus kita pulak yang menjadi penyebab datangnya penyakit. Antara buah-buahan yang sangat bagus dijadikan sebagai air detox ialah lemon, limau nipis, beri, tembikai, nenas dan banyak lagi.

Teh Hijau 






Antara minuman yang boleh membantu membersihkan usus kita ialah teh hijau. teh hijau membantu membuang segala toksin yang boleh mengganggu penyerapan nutrien dan seterusnya mengganggu proses pemulihan kulit ataupun penurunan berat badan.
Nahh.. Semoga bermanfaat.

k bai.




You May Also Like

0 comments

drop your comment buddy.