Khasiat Mandi air tepung kanji
Assalamualaikum dan salam kehidupan
kepada jiran2 sebelah rumah.. uncle yang bawak proton saga colour ungu.. taiko2
yang tidak seberapa taiko..kucing-kucing siam..Sekumpulan semut yang sedang
berusaha keras sepanjang hari demi hidup dan lain-lain.
Ok.. Serious..
Berdasarkan bacaan ilmiah yang aku baca melalui buku.. ‘Air Penyembuh Ajaib’ by Herminia de Guzman-Ladion , aku tertarik dengan topik “Mandi dengan air tepung kanji”, dan tanpa rasa ragu..dengan rendah hati ,hari ini aku akan berkongsi tentang khasiatnya baik untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa..

“ Jangan garu kulit yang gatal kerana ruam. Mandi
tepung kanji akan menghilangkan rasa gatal”
Khasiat Mandi air tepung kanji :
- Rawatan bagi kulit terbakar kerana sinaran matahari
- Melegakan ruam kulit kerana alergi dan gatal-gatal
- Rawatan campak.
- Mengurangkan rasa panas.
- Cenderung untuk mengeringkan kulit
- Menghilangkan bekas jerawat
Benda-benda yang diperlukan :
- Tab mandi / baldi yang sesuai untuk bayi dan orang dewasa.
- Tepung kanji 2 gelas untuk orang dewasa atau ½ gelas untuk bayi dan kanak-kanak
- Tuala mandi
Cara-cara :
1. Isi bekas tersebut 2/3 penuh dengan air yang hangat. Air haruslah cukup dalam untuk merendam bahagian-bahagian kulit tubuh yang sakit.
2. Larutkan tepung kanji dalam air sejuk di dalam sebuah pinggan atau bekas kemudian campur dalam air tab/baldi.

3.
Masukkan
pesakit ke dalam tab.
4.
Basahi
bahagian tubuh yang tidak terendam air dengan menggunakan tuala kecil.
5. Rendam
pesakit selama 20 minit tetapi jangan gosok badan pesakit menggunakan tuala.
6. Setelah
20 minit, keringkan tab mandi dan tepuk-tepuk badan pesakit. Keringkan dengan
tuala. Jangan siram atau bersihkan tepung tersebut. Jangan gunakan sabun untuk
bersihkan tangan kecuali sabun khas yang disediakan doktor.
7.Hangatkan
tubuh pesakit dan jangan biarkan pesakit kesejukan.
8. Mandikan
pesakit satu atau dua kali sehari. Bergantung kepada keadaan pesakit.
Selamat Mencuba!!
2 comments
terima kasih atas petua berguna ini
BalasPadamBARU TAHU ...TERIMA KASIH SHARE TIPS
BalasPadamdrop your comment buddy.