Petua halau lipas :-)
Petua halau lipas
SABUN WANGI
Letakkan sabun yang wangi ( tidak kisah apa jenama ). Potong
kecil-kecil dan masukkan dalam tempat yang dijajah oleh lipas.. Insya Allah
lipas akan pergi membawa beg bagasi ‘af’ sebab beliau tidak suka bau yang
wangi.
TIMUN
Ambil hujung timun atau pangkalnya.letakkan ditempat
yang kelihatan banyak lipas. Setelah beberapa lama, akan kelihatan lipas2
tersebut ‘meninggal’ atau sudah tidak kelihatan di kawasan tersebut.
DAUN PANDAN
Satu lagi petua yang boleh digunakan adalah meletakkan
beberapa helai daun pandan di tempat-tempat hang out lipas2 tersebut. Lipas pun
akan pergi membawa buku merah dan tidak akan lupa tamat tempoh...
Jangan
pula gembira bila
lipas patah kaki, harus diingat, kaki itu boleh tumbuh semula dan akan berlari
berkejaran dengan kamu kembali..haha
Jangan
cuba membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak seperti memijak atau
memukul lipas dgn kasut atau penyapu. Lipas betina ni ada ribuan telur halus
dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan
merata-rata tempat. Jika terbuat jugak, pastikan tempat terpenyeknya
lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
Mengurangkan
peluang lipas cari makan dan bertelur dengan JAGA
KEBERSIHAN
Jangan
biarkan sampah sarap di rumah. Selalu cuci bilik air. Sinki rumah juga perlu
sentiasa bersih, pokoknya semua kena bersih sebab lipas sangat bahagia bila
menemui tapak-tapak yang kurang dijaga ni..
Mengurangkan
lebuhraya lipas dan laluan ‘shortcut’ beliau dan sila tutup retakan atau
rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.Pastikan
lubang saluran air kumbahan tertutup dengan grill yang rapat.
Jika
lipas merangkak-rangkak dan berterbangan seperti stuntman2 orang putih, maka
terpaksalah anda menggunakan racun untuk mengurangkannya. Gunalah spray seperti
ridsect dan sebagainya yang ada banyak dijual di mall yang berdekatan.
Semoga
info ini bermanfaat. Ok bai.
Assalamualaikum.
1 comments
Yaieyy. aku selalu pijak lipas. sigh --' huhu.
BalasPadamdrop your comment buddy.