Atasi Masalah Rambut Gugur
Assalamualaikum.. ada masalah rambut gugur? teruskan membaca..
Rambut gugur.. antara perkara yang agak merimaskan bagi
setiap orang di muka bumi ni.. rambut gugur ni sebenarnya boleh disebabkan oleh
banyak perkara iaitu, liang pori rambut tersumbat, pengambilan makanan pedas
dan berminyak, masalah tidur dan stress.
Masalah rambut gugur boleh diatasi dengan beberapa cara,
antaranya;
Cuci Rambut
Jika kulit kepala kita jenis yang cepat berminyak, basuh
rambut sekurang-kurangnya sekali sehari. Teknik cuci rambut juga perlu betul,
mulakan cuci di bahagian belakang kepala. Jangan malas untuk mengurut kepala dengan
menggunakan jari. Dan jangan gunakan kuku. Urutan ketika mencuci rambut mampu
membantu menguatkan akar rambut.
Makanan Ringan
Say no to junk food! Tapi dalam part ni aku sendiri GAGAL. Tapi
kita harus tahu, kandungan dalam makanan ringan sebenarnya boleh menyumbang
kepada masalah kulit kepala. Jadi kita perlu disiplinkan diri dengan mengambil
makanan yang mampu membekalkan protein yang cukup.
Waktu Tidur
Pastikan anda mendapat waktu tidur dan rehat yang
secukupnya. Kekurangan tidur membuatkan kita keletihan dan menyumbang kepada
masalah rambut gugur.
Rawatan Kulit Kepala
Sekiranya kita ada bajet lebih,gunalah untuk membuat rawatan kulit kepala di tempat
pakar. Kulit kepala terutamanya perlu diberikan rawatan sekali sekala bagi
mencuci minyak pada kepala. Jika punya bajet lebih, teruskan membuat rawatan.
Namun begitu, kita boleh menjimatkan
duit kita dengan menggunakan hirisan lemon untuk mengatasi masalah rambut
berminyak,hal ini kerana Kandungan vitamin C yang tinggi pada lemon adalah
bermanfaat pada rambut dan kulit kepala. Selain menghilangkan minyak pada kulit
kepala, lemon juga bermanfaat untuk membuat akar rambut kuat. Caranya sangatlah
mudah, iris lemon dan sapukan air perahan lemon itu pada rambut dan kulit kepala.
Kemudian tunggu selama 10-20 minit dan kemudian diikuti dengan shampoo.
Semoga Bermanfaat.. k bai..
1 comments
Kurang duit penyumbang gugur rambut...hahahahahahaha
BalasPadamdrop your comment buddy.