Yang kau lihat cuma Hasilnya.

by - Mei 19, 2016




Yang kau lihat hanyalah dia yang ‘kini’ ,

Kau anggap dia sempurna,

Tidak boleh salah walaupun satu,

Jika tidak kau akan terus SALAHKAN dia,

Yang kau lihat cuma hasilnya,

Bila ada yang tidak kena..

Terus menerus kau salahkan keberhasilannya,

Terus menerus kau pertikaikan,

Namun kau tidak pernah mengambil tahu,

CARANYA merayap untuk dia berhasil.

Pernahkah kau terfikir bagaimana dia menjalani setiap langkah untuk menampakkan hasil?

Pernahkah kau berfikir bagaimana dia bangkit saat tenaganya mulai layu?

Pernahkah kau merasa betapa remuknya hatinya bila diratah bertalu?

Pernahkah kau berfikir soal itu?


Tidak. Yang kau lihat Cuma HASILNYA.


Nukilan: Haslina Kasbulah

You May Also Like

2 comments

drop your comment buddy.