Wanita Kerap kalah bila merajuk.

by - Mei 27, 2016




Wanita seringkali dikaitkan dengan sifat  sensitif yang berkaitan dengan emosi. Kadang-kadang ada juga yang berpendapat secara kasarnya bahawa wanita ni bersifat kebudak-budakan dan tidak rasional. 

Disebabkan kawalan emosi yang lemah, wanita sering kalah dengan elemen kelemahan seperti marah-marah, manja yang tidak kena tempat, menangis tidak tentu pasal, kecil hati, merajuk dan segala benda yang seangkatan dengannya.

Tapi sebenarnya, kaum hawa ni cuma minta perhatian.. secara azali mempunyai jiwa yang halus dan mudah tersentuh.. Kaum adam pulak janganlah marah jugak.. Pujukla.. kan senang..

Aku akui, memang aku kuat merajuk. Terutamanya bila bersama Encik Suami.

Perkara yang sekecil kuman bakteria pun akan mampu menyebabkan aku merajuk, marah, bad mood and so on.. dan diyakini bahawa dengan merajuk, Encik Suami akan memberikan lebih perhatian kononnya. 

Kadang-kadang aku suka bagi hint dan buat signal badan or something yang bermaksud “faham-faham sendirilah”. Dan dalam hati, “Pujuk..pujuk..”

Malangnya, dengan bertindak sebegitu si Encik Suami biasanya tidak akan perasan sebab dia tidak ambil pusing dengan konsep “faham-faham sendiri ni”.. Aku akui juga, kaum adam memang suka benda yang straight to the point, tidak suka ada corner-corner... 

Ok.. itu yang menyebabkan aku kalah..

Tunggu 1 minit..

Tunggu 2 minit..

Tunggu 5 minit..

Ok tidak tahan. Then tidak tahan punya pasal..aku datang dekat Encik Suami dan cakap,

“orang merajuk napa x pujuk??”

Dan dengan slumbernya encik Suami terus pujuk dengan cara yang tersendiri..dan tidak disangka, encik Suami rupanya ada “Power” memujuk yang automatik buat aku ‘cair’… hihi

Dan sekarang, tiap kali aku merajuk aku akan bagitahu aku sedang merajuk.. husband akan pujuk dan problem solved.

Sekaligus aku tidak sakitkan hati sendiri dan bahagia..

Merajuk-merajuk juga.. tapi buat apa mau lama-lama kan..
kepada geng-geng wanita, Merajuk boleh.. tidak salah..tapi janganlah sampai minta itu ini sampai 'tuan pujuk' tidak mampu.. so.. Jom merajuk beramai-ramai.Haha.

Selesai.
Alhamdulillah. #HalalItuIndah
I love my husband.

Kbai. Assalamualaikum.


You May Also Like

0 comments

drop your comment buddy.