Pekerja bawahan juga manusia biasa.

by - Julai 27, 2016





Assalamualaikum.

Dan beginilah ceritanya bila kita sudah melalui alam pekerjaan..akan ada sesuatu yang perlu dibicarakan namun tidak terluah melalui verbal atau tidak mampu untuk berkata secara direct atau apa-apalah cara luahan yang sama waktu dengannya.

Salah satu pemerhatian yang aku buat dari dulu semenjak masih belajar hingga kini..

Terdetik di hati bila ada segelintir individu yang tersangat yakin dengan kedudukannya kini..
Bila mana dirinya adalah seorang yang ‘Gah’ kononnya.. dan menggunakan kedudukan yang ‘Gah’ kononnya itu sebagai lesen untuk mempergunakan orang lain. Lebih-lebih lagi, individu tersebut membuka ruang untuk dirinya ‘memandang rendah’ orang lain. Meaning to say,

 “aku bos.. apa aku kisah??”

“kau pekerja  aku.. buat apa aku suruh.. tidak buat, tidak perfect, POTONG GAJI!!!”

Sampai aku terfikir di sini, tidak bolehkah kita berfikir sebagai seorang manusia yang punya jiwa ‘KEMANUSIAAN’.

Ya. Kita tahu pangkat ‘kau’ tinggi.
Tapi bolehkah ‘kau’ selaraskan pangkat ‘kau’ yang tinggi itu dengan sifat ‘kemanusiaan’ yang juga tinggi???

‘Kau’ tidak tahu..

~ Ada seorang anak yang sanggup bekerja di bawah ‘kau’ hanya untuk ‘tunjukkan’ dan ‘banggakan’ ibu bapanya bahawa dia sudah berkerjaya.

~ Ada seorang ibu yang bekerja di bawah ‘kau’ dengan menggunakan gaji yang ‘cukup-cukup makan’ tapi dia berusaha sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik dalam kerjayanya.

~ Ada seorang ibu yang bekerja di bawah ‘kau’ tapi juga sebenarnya sedang ‘lelah’ menguruskan kehidupan keluarganya di dalam mahupun di luar rumah dan tidak ada masa yang ‘luang’ untuknya untuk melepaskan lelahnya.

~Ada seorang ‘Ayah’ yang ‘tidak sihat’yang bekerja di bawah ‘kau’ tapi menidakkan ‘kesakitan’ dan ‘kelelahan’ yang sedang dia alami demi mencari rezeki yang halal untuk keluarganya.

~Ada seorang individu yang berkali-kali memohon pekerjaan dan bila diterima di bawah 
‘kau’, dia bersyukur yang teramat tapi ‘kau’????

MEMANDANG RENDAH PADA ORANG BAWAHANMU.
MEMPERGUNAKAN ORANG BAWAHANMU.
MEMBIARKAN KEBAJIKAN ORANG BAWAHANMU.
MEMAKI ORANG BAWAHANMU.

Kerana apa?? Kerana kau orang yang ‘Berpangkat Tinggi’

Walaupun pekerjamu cuma seorang pekerja bawahan.
Yang tidak ada KELULUSAN TINGGI, Yang tidak ada KEDUDUKAN TINGGI.

Tapi tetap punya HARGA DIRI.

Tidakkah ‘kau’ fikir???
KITA SEMUA PUNYA ‘HATI’ untuk merasa dihargai.

Tidakkah ‘kau’ fikir???
KITA SEMUA DI MATA TUHAN ADALAH SAMA.

BERHENTI FIKIR!!! Bahawa yang kaya tetap jadi kaya dan yang miskin tetap jadi miskin..

KAU TIDAK TAHU.. sampai bila kedudukan ‘mu’.

Tapi kita tahu, BUKAN SEMUA ORANG YANG BERPANGKAT TINGGI bersikap begitu.

Semua orang tidak memiliki kelebihan dan kekurangan yang sama.

Tapi semua orang memiliki satu kemudahan iaitu 'otak' untuk berfikir dengan cara 'manusia'. 

p/s ini Bukan kisah tempat aku bekerja. Hanya pendapat semata-mata.
K bai.

You May Also Like

3 comments

  1. <3 semoga kita selalu dibawah lindungan Allah dari sikap sombong. Amiin

    BalasPadam
  2. betul,tak selamanya kita berada dekat atas,hidup macam roda yang berputar =)

    BalasPadam

drop your comment buddy.