Rezeki Allah yang tidak dijangka.

by - Julai 25, 2016




Assalamualaikum.


Ingin dikongsikan cerita, 2 minggu sebelum tarikh hari ini (25 July 2016).. aku dan rakan sekerjaku mengalami satu tahap stress yang sangat terkesan di hati sehingga menyebabkan air mata kami menitis secara berjemaah. Hihi, satu memori yang tidak akan dilupakan sehingga menyebabkan kami semua kehilangan ‘mood’ untuk bekerja.

Di mana, khabar angin mengatakan.. staf di dalam organisasi kami akan dikurangkan dan kami pula tidak tahu ‘siapa’ yang akan disingkirkan. Macam bunyi-bunyi penyingkiran pelajar af kan?? Berdebar menunggu.. Hmm..

Apa yang kami sedihkan di sini adalah hubungan di antara rakan sekerja yang sudah erat, ‘bersifat kekeluargaan’ yang sukar untuk ditemui di mana-mana organisasi. Kalau ada pun, mungkin tidak sama.

Tidak akan diceritakan secara detail. Kerana takut akan menjatuhkan sesetengah pihak.

Tapi Alhamdulillah. Segala persepsi negative yang muncul dapat kami atasi dengan tenang dan beransur pulih kini. Dan minggu ini pula, adalah minggu penentuan. Dup dap dup dap.

Dalam masa mengalami kemurungan itu pula, pada tarikh (22 July 2016) hari Jumaat minggu lalu. Aku pula ditawarkan satu JAWATAN BARU di organisasi kami. Di mana aku juga akan merasai peningkatan gaji dan pengalaman baru yang mana sebenarnya memang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah.

Apa yang aku terkejut di sini adalah, aku adalah seorang individu yang belum KONVO. Belum ada sijil SAH sebagai pemegang ijazah.Di mana selepas seminggu selesai praktikal aku terus diterima bekerja sebagai penjawat tetap di Kiara College walaupun 'freshie'. 

Insya Allah hujung tahun ini akan graduasi. tapi kini aku sudah mampu memegang dua jawatan yang berbeza sebagai PENJAWAT TETAP di Institusi Pengajian Tinggi. 

Aku bersyukur kerana diberi kepercayaan.
Ya Allah Alhamdulillah atas rezeki.

Terima kasih suamiku,yang sentiasa berada bersamaku tidak kira waktu susah dan senang. Sentiasa memberikan nasihat yang positif dan memahamiku setiap masa ,juga ibu bapaku, keluargaku dan sahabat yang tidak putus mendoakanku.

Dan sekarang pula,kami sedang berdebar menunggu ‘meeting’ tergempar, di mana kisah khabar angin itu akan disahihkan. Walaupun sebenarnya aku sudah terlepas dalam ‘pusingan penyingkiran’ ini kerana sudah menerima jawatan yang baru, tapi aku harap, semua ini hanya ‘khabar angin’ semata-mata dan kami semua akan dapat menjalani kerja seperti biasa.

Sebab, BUKAN SENANG MENDAPAT KERJA DI ZAMAN KINI.

Tipsnya adalah; BERUSAHA. tapi Bukan dengan cara MENUNGGU.


walaupun kita ni 'biasa-biasa' sahaja. tapi kita juga kena bertindak secara 'Luar Biasa'

JANGAN berhenti berdoa.

Semoga kerjaya baru dan cabaran baru yang bakal aku lalui ini akan berjalan dengan lancar,walaupun akan menjalani dua kerja dalam satu masa,semoga semuanya dipermudahkan dan diberkati Allah.

Sekian kisah hati ke hati pada hari ini.. k bai.

You May Also Like

2 comments

  1. Tahniah kuci. ya betul2, berusaha dan jgn menunggu.

    Alhamdulillah. Tahniah!

    BalasPadam

drop your comment buddy.