Dorm Melati : Movie Review

by - Februari 10, 2017



Assalamualaikum.



Dorm Melati. Jeng jeng jeng. Aku sangat-sangat tertarik dengan cerita ni since tengok thriller dia. Disebabkan tidak sempat tengok di panggung, so aku mintakla husband aku apply di astro first. hehe.. dan disebabkan laki aku sayang aku, maka diperkenankanlah hajat aku ni..haha

Bertambah teruja lagi aku bila Kisah Dorm Melati ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di sebuah universiti tempatan dan juga aku ni antara peminat cerita seram. 


Haa..bukti aku tengok dalam rumah..


Filem ini menampilkan pelakon muda seperti Julia Marin, Aizat Hassan, Syaa Nasir, Ardell Ardyana, Adam Shahz, Ikmal Amry bersama dengan pelakon yang berpengalaman seperti Nadia Aqilah, Sabrina Ali dan Azman Hassan.

Review Watak

Dari Kiri : Eddy, Carol, Adam , Rai, Zaf

Ada 5 sahabat baik iaitu Adam, Zafira, Eddy, Raihana dan Carol

Watak Adam : Dia ni Alpha untuk team remaja ni.. sebab semua kawan dia ikut cakap dia.. Dia ni takut juga sebenarnya tapi gara-gara ego, dia kuatkan diri dia untuk berani.

Watak Rai : Gila-gila. Berani. Sometimes kaki cari pasal. Tapi bila kena batang hidung sendiri nahhh..gelabah juga dia. Watak Rai ni watak favourite aku. Lakonan dia pun mantap. 

Ni ha watak favourite aku. Rai.


Watak Carol : Penakut. Manja. Dari awal cerita sudah Nampak watak yang dia bawa ni..

Watak Zaf : Paling cool antara semua. Tenang dan matang. Watak kakak-kakak yang semua orang mahu berlindung dengan dia. Tidak hairanlah sebab Nadia Aqilah memang antara pelakon yang hebat.

Watak Zaf : Nadia Aqilah.


Watak Eddie : Dia ni cepat gelabah dan selalu bertekak dengan Rai.

Jujurnya aku rasa, pelakon baru dalam filem ini semuanya sama menonjol. Tak ada seorang pun yang tertinggal. 

Review Filem

Untuk intro : Aku suka. Aku bagi 5 bintang sebab aku suda rasa serammmm.. best.. si Melati ni bunuh 3 orang sahabat dan aku pun tidak tahu sebab apa.. tapi andaian aku,mungkin dia dirogol ,disakiti dan mungkin ada dendam la kan..

Tiba-tiba ada 5 sahabat  muncul yang baru habis belajar dan merancang untuk bercuti bersama. timbul pula lagu "nona nona zaman sekarang".. haha.. best jugak..aku pun layanla.. Aku suka part ni sebab ada unsur-unsur remaja dalam cerita ni..jadi kita tidakla stress sangat tengok movie seram ni kan.. 



Oleh sebab Adam sangat suka dengan benda yang mencabar, jadi dia memilih untuk membawa kawan-kawannya untuk Summer Camp di Dorm Melati.

Dalam movie ni, aku sendiri stress sebab watak si carol ni balik-balik bawak kawan dia pulang..dia cakap dia rasa tidak sedap hatilah, apalah..

Penjaga dorm bagi nasihat sebelum bagi kunci dorm “Hati-hati..Takut diri sendiri tak jumpa”

Haa.. part tu aku pun sedang fikir..pasaipaaa kakak yang bagi kunci cakap lagu tu..

Satu demi satu gangguan yang team remaja ni lalui, mereka mencari jalan keluar tapi gagal. Keadaan menjadi lebih tertekan apabila Zafira hilang secara tiba-tiba.


Adam akhirnya mengaku, dia sebenarnya ke Dorm Melati sebab teringin tahu pasal hantu si 'Melati' yang sedang hangat diperkatakan . Dia sebenarnya ada niat untuk tahu dengan lebih mendalam tentang cerita "Dorm Melati". Tertekan dengan gangguan tersebut, Adam mencabar kewujudan roh Melati untuk munculkan diri.

Kawan-kawan dia mula bengang. Tapi terpaksa juga ikut si Adam ni cari Melati.. nah..
sampailah si Adam jumpa Pak cik yang jaga tempat tu.. dan pak cik tu la yang ceritakan semua pasal Melati Putih.. apa yang pak cik tu ceritakan? tengokla sendiri.. 

Semuanya pasal dendam. Jalan ceritanya menarik. 
Aku bagi 4 Bintang.
Sebab cerita ni tidak seberat cerita seram yang lain..tapi still menarik hehe..

k bai. Jom support filem tempatan.

You May Also Like

2 comments

  1. Ala.. tak berape berani tengok citer seram.. tapi cam best je nak tahu misteri pasal melati tu.. kalau buat buku kan best..

    BalasPadam

drop your comment buddy.