Di label ibu pemalas hanya kerana bubur.
by
puankuci
- Oktober 24, 2018
Assalamualaikum
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
my baby |
Adalah seorang mak cik ni. dia cakap aku pemalas depan depan ramai orang. masa tu ada majlis keluarga (pertunangan). dekat dapur aku suap anak makan nasi panas aku bagi lembik lembik penyet penyet tambah lauk ayam sayur. Anak makan dengan berselera.
Dia tanya why aku tidak bagi anak makan bubur.
Aku jawablah dengan tenang dan gembiranya bahawa, anak aku sudah pandai reject bubur..dan sekarang dia lebih suka benda keras sikit-sikit memandangkan dia sudah punya 6 batang gigi.
Dalam tidak bersalahnya, dia label aku pemalas di hadapan semua orang sebab aku
TIDAK MASAK BUBUR pada hari tu. (tidak perlulah aku terangkan detail skripnya..haha)
Anak aku ni yang sudah masuk 12bulan. aku sudah try and error dalam seminggu. Bila aku bagi bubur dia reject.So kalau anak aku sudah reject means dia TIDAK MAHU . dan aku kena cari alternatif lain untuk bagi dia makan kan?
Sakitnya hati aku. haha.
sedihnya hati aku.
tapi apa boleh buat, si makcik itu TIDAK TAHU anak aku macam mana.. aku duduk 24/7 dengan anak aku. Aku tahu apa dia mahu dan apa yang dia tidak mahu. Aku memang sudah cuba apa yang terbaik untuk anak aku.
dan PERKARA INI . Berkali-kali juga aku teringat tentang perkara ni, dan akhirnya aku pilih untuk bersabar. individu yang cakap aku pemalas ini, sudah buat aku tersentuh hati.Sedangkan aku sedang belajar dan cuba untuk bagi yang terbaik untuk anak kan? Mungkin juga dia tidak sedar apa yang dia cakap kan? Apapun aku tetap maafkan.
Alhamdulillah. Anak aku sihat dan bahagia. ❤
Serious mulut-mulut orang ni boleh buat kita stress jugak kan?
kbai.