Khasiat Mandi air tepung kanji

by - Mei 15, 2015



Assalamualaikum dan salam kehidupan kepada jiran2 sebelah rumah.. uncle yang bawak proton saga colour ungu.. taiko2 yang tidak seberapa taiko..kucing-kucing siam..Sekumpulan semut yang sedang berusaha keras sepanjang hari demi hidup dan lain-lain.

Ok.. Serious..
Berdasarkan bacaan ilmiah yang aku baca melalui buku.. ‘Air Penyembuh Ajaib’ by Herminia de Guzman-Ladion , aku tertarik dengan topik “Mandi dengan air tepung kanji”, dan tanpa rasa ragu..dengan rendah hati ,hari ini aku akan berkongsi tentang khasiatnya baik untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa..

“ Jangan garu kulit yang gatal kerana ruam. Mandi tepung kanji akan menghilangkan rasa gatal”



Khasiat Mandi air tepung kanji :


  • Rawatan bagi kulit terbakar kerana sinaran matahari
  • Melegakan ruam kulit kerana alergi dan gatal-gatal
  • Rawatan campak.
  • Mengurangkan rasa panas.
  • Cenderung untuk mengeringkan kulit
  • Menghilangkan bekas jerawat


Benda-benda yang  diperlukan :

  • Tab mandi / baldi yang sesuai untuk bayi dan orang dewasa.
  • Tepung kanji 2 gelas untuk orang dewasa atau ½ gelas untuk bayi dan kanak-kanak
  • Tuala mandi

Cara-cara : 

1. Isi bekas tersebut 2/3 penuh dengan air yang hangat. Air haruslah cukup dalam untuk merendam bahagian-bahagian kulit tubuh yang sakit. 

2. Larutkan tepung kanji dalam air sejuk di dalam sebuah pinggan atau bekas kemudian campur dalam air tab/baldi.

    3. Masukkan pesakit ke dalam tab.

   4. Basahi bahagian tubuh yang tidak terendam air dengan menggunakan tuala kecil.

   5. Rendam pesakit selama 20 minit tetapi jangan gosok badan pesakit menggunakan tuala.

   6. Setelah 20 minit, keringkan tab mandi dan tepuk-tepuk badan pesakit. Keringkan dengan tuala. Jangan siram atau bersihkan tepung tersebut. Jangan gunakan sabun untuk bersihkan tangan kecuali sabun khas yang disediakan doktor.

   7.Hangatkan tubuh pesakit dan jangan biarkan pesakit kesejukan.

   8. Mandikan pesakit satu atau dua kali sehari. Bergantung kepada keadaan pesakit.

Selamat Mencuba!!

You May Also Like

2 comments

drop your comment buddy.