Kutukan orang.. Apalah sangat semua itu..
Ada orang yang secara tiba-tiba benci kau..
Tiba-tiba kutuk dan caci kau..
Tanpa pernah bercakap dengan kau..
Tanpa pernah mengenal kau.
Tanpa memahami situasi kau...
Ya.. aku sendiri pun akui bahawa aku pun turut bersedih
apalagi jika pernah berlaku perkara sebegini.. yang pernah berlaku.. Yakni pada
diri aku sendiri..
Bila difikirkan balik..
Apalah sangat dengan kutukan dan cacian manusia..tidak memberi
kudis pun pada badan-badan ini..
Apalah sangat dengan sanjungan manusia.. yang hatinya
sering berubah-ubah..
Apalah sangat dengan cerita yang diputar belitkan..
Apalah sangat cerita yang ditokok tambahkan..bila
kekurangan akan terlihat di kemudian hari..bila kebenaran akan ditemukan..
Apalah sangat semua itu..
Ujian itu sememangnya ada yang tidak mesra dengan kita..
Memang kita akan penat.. tapi kita cuba kuat kerana
Allah. Insya Allah.
Biar kita menangis hingga kerak bedak di pipi kian
luntur.. kadang-kadang kita rasa kita kena tipu.. kau kata ujian itu menguatkan
dan bukan melemahkan.. tapi kenapa kita boleh rasa diri lemah sangat sangat
bila ujian mulai mendekat?
Sebab kau tidak pandang ujian itu akan tamat dan berakhir
dengan nikmat.
Mungkin kau lupa satu benda.. aturan Allah yang indah..
Lepas hujan muncul pelangi.. masih ingat lagi?
Assalamualaikum.
Selamat hari raya.. Maaf zahir dan batin.
0 comments
drop your comment buddy.