Petua kempiskan Perut

by - November 07, 2015




Assalamualaikum.. :-)

Masalah perut boroi atau buncit adalah antara perkara yang digeruni oleh lelaki dan terutamanya wanita. Salah satu faktor bagi mereka yang mengalaminya adalah disebabkan lemak yang berlebihan di sekitar perut serta minum air bergula secara berlebihan juga boleh menjadikan perut buncit. Kebiasaannya lelaki lebih cepat mengalami masalah perut buncit kerana lelaki makan tidak mengikut masa, mereka makan bila mereka lapar dan apabila lapar mereka makan dalam kuantiti yang banyak.

Di sini ada 4 petua bagaimana mengempiskan perut yang buncit.

Petua 1 (Asam jawa)
Bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman. Minum pada keesokan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya.

Petua 2 (Daun lidah buaya dan asam jawa)
Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.

Petua 3 (Limau nipis & air)
Umum tahu bahawa limau nipis boleh menurunkan berat badan serta menghilangkan perut buncit. Cara yang betul untuk mengempiskan perut anda ialah ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk. Amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya. Untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio dan ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat.


Petua 4 (Teh cina dan limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dengan air panas serta campurkan dengan air  limau nipis. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur.

Semoga bermanfaat.. k bai. 


You May Also Like

2 comments

  1. Banyak dah bertebaran tips kempiskan buncit kat fb...
    tapi xde perubahan pown.. kekeke

    Jom join Giveaway kat sini.. Hamper RM100 untuk dimenangi -> http://goo.gl/08c6Tg

    BalasPadam

drop your comment buddy.