Tips Pulihkan Badan selepas Penat Bekerja

by - November 09, 2015




Assalamualaikum.. 

Seharian bekerja di pejabat dengan kerja yang menimbun dan apabila ingin pulang tapi kita berdepan pula dengan dugaan trafik yang agak sesak pastinya badan terlalu penat menghadapi rutin harian yang sebegini. Penat bekerja dan trafik yang sesak sudah cukup buatkan badan terlalu penat dan boleh mengundang kepada sakit dan sebagainya.

Nah.. ini tips untuk memulihkan badan kita yang penat bekerja dan rutin harian yang kita lakukan.

Minum air teh hijau
Minuman berkhasiat yang diamalkan oleh masyarakat cina ini mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan dan minda kerana ia diperkaya dengan antioksida. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.

Senaman ringkas
Buatlah senaman yang ringkas, paling tidak pun, menanam atau mengemas rumah. Ini kerana otak yang sudah penat bekerja di pejabat yang berhawa dingin boleh menyebabkan otak berfungsi dengan tidak baik. Senaman dapat menyalurkan oksigen kepada otak dan sekaligus badan akan berasa cergas seperti sedia kala apabila badan sudah mengeluarkan peluh tatkala melakukan aktiviti di rumah.

Mandi air panas
Jika di rumah anda tidak ada sistem pemanas air mandian, jangan malas untuk gunakan kaedah manual secara memasak air panas terlebih dahulu dan campurkan air panas tersebut sedikit dengan air yang bersuhu normal agar ia cukup berasa suam untuk kulit anda. Ia membantu dalam melegakan kaki yang penat dan sekaligus melancarkan peredaran darah dalam badan.

Minum air limau
Kita juga boleh cuba amalkan meminum air bersama perahan limau sebelum masuk tidur.Jika tiada limau,gunakan lemon sebagai alternatif lain. Ia dapat membantu menangani penat badan agar keesokan harinya anda bangun dengan segar dan cergas.

Urut
Lakukan urutan seluruh badan sekali sebulan sebolehnya. Jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif pada badan.Ia dapat menyegarkan kembali badan dan melancarkan peredaran darah.
 
Tidak cukup? Nanti update info baru lagi.. semoga bermanfaat.. k bai.

You May Also Like

2 comments

drop your comment buddy.