10 Bahaya Menggosok Mata Dengan Tangan

by - Jun 08, 2016







Assalamualaikum.. 


Menggosok mata merupakan kegiatan yang pasti semua orang pernah melakukannya. Kita sendiri juga mungkin melakukan hal tersebut semasa mata pedih, kering, gatal, saat bangun tidur, saat sedang merasa cemas, stress, dan yang sama waktu dengannya.

Tapi adakah kita tahu bahawa kegiatan menggosok mata ini menimbulkan kesan yang berbahaya bagi kita? berikut adalah penjelasannya. 



1. Menimbulkan tekanan pada mata

Sebuah penelitian menyatakan bahawa sekiranya kita sering menggosok mata, ia tentu dapat menimbulkan masalah bagi mata, mata akan mengalami tekanan yang sangat menyakitkan. Profesor Charles McMonnies, dari UNSW School of Optometry and Vision Science, menyatakan dalam jurnal Optometry and Vision Science bahawa menggosok mata memberikan kesan tekanan 10 kali lebih kuat dari tingkatan normal.

2. Memburukkan sistem penglihatan (miopia)
Rabun jauh merupakan suatu kondisi dimana seseorang mengalami gangguan pada saat melihat objek jarak jauh. Miopia terjadi kerana mata tidak dapat memfokuskan cahaya yang masuk ke retina di bahagian mata yang berfungsi untuk melihat. Pada penderita gangguan miopia progresif, menggosok mata memberikan impak buruk pada penglihatan mereka. Hal ini terjadi kerana retina semakin lemah kerana berada di bawah tekanan yang berturut-turut.

3. Mengakibatkan glaukoma


Glaukoma merupakan sejenis penyakit mata yang memiliki gejala tidak langsung, dimana hal ini lama kelamaan akan mengurangkan daya penglihatan mata dan pada akhirnya akan mengakibatkan buta.

Salah satu penyebab glaukoma adalah kerana adanya peningkatan tekanan pada bola mata, yaitu diatas 20mmHg. Tekanan ini akan terjadi dari kebiasaan kita menggosok mata. 



4. Menyebabkan kerosakan saraf

Pada penderita glaucoma, peningkatan tekanan pada mata terjadi kerana seorang individu itu terlalu lama dan sering menggosok mata dan ia akan mengganggu aliran darah di belakang mata, dan menyebabkan rosaknya saraf.


5. Menyebabkan gangguan keratoconus 



Keratoconus merupakan satu keadaan dimana kornea mata menjadi lemah dan terdorong ke hadapan sehingga dapat merubah bentuk menjadi seperti runcing atau seperti bola rugby. Keadaan ini akan membahayakan penglihatan mata.



6. Menyebabkan pembengkakan pada kornea

Menggosok mata selepas bangun dari tidur akan menyebabkan pembengkakan pada kornea mata. Ia akan mengakibatkan luka dan menyebabkan sakit dan nyeri pada kornea.


7. Meningkatkan jangkitan pada mata

Menggosok mata dapat memburukkan keadaan mata yang sudah sakit, menyebabkan mata merah dan gatal. Hal ini akan menyebabkan anda mengosok mata lagi dan lagi. Ia akan menyebabkan penyebaran kuman dari tangan anda ke mata dan menyebabkan terjadinya jangkitan pada mata.

8. Penipisan kornea mata
Penipisan kornea akan menyebabkan jangkitan berulang, terkena keratoconus, yang menyebabkan kerosakan pada penglihatan dimana gangguan ini sering tidak dapat dikembalikan atau tidak dapat sepenuhnya diperbaiki.

9. Buta

Kita sedia maklum bahawa kebutaan adalah dimana mata tidak mempunyai daya penglihatan lagi. Hal ini terjadi dari pelbagai faktor, seperti glaukoma, katarak, dan berbagai jenis infeksi mata lainnya. Salah satu penyebabnya adalah kebiasaan menggosok mata yang lama kelamaan mengakibatkan jangkitan, iritasi, glaukoma, bahkan buta.

10. Menyebabkan lingkaran hitam pada mata

Kebiasaan menggosok mata akan menyebabkan pecahnya pembuluh darah kecil yang mengelilingi mata anda. Ia juga dapat memberikan efek bayangan pada penglihatan, dan mata terlihat letih.



Tips untuk menjaga agar mata tetap sihat tanpa harus menggosok mata :

1. Menggunakan facecloth / tisu basah untuk mengurangkan rasa gatal

2. Menghilangkan kebiasaan menggosok mata selepas bangun tidur

3. Menggunakan ubat titis mata

4. Menghindarkan stress

5. Tidur dengan cukup untuk membuat mata kita beristirehat.

6. Menghindari makanan yang menyebabkan alergi yang menjadi sumber infeksi mata. 



Sekian perkongsian info hari ini..
Semoga Bermanfaat. 
k bai.

You May Also Like

0 comments

drop your comment buddy.