Makanan yang tidak boleh letak dalam peti sejuk.

by - Jun 27, 2016



Assalamualaikum. 

Biasanya bila kita selesai memasak, pasti kita akan terus masukkan lebihan sayuran atau makanan yang tidak habis ke dalam peti ais.Kononnya supaya makanan tidak basi.Tapi kita kena jaga-jaga kerana tidak semua jenis makanan atau sayuran akan bertahan lama di tempat yang sejuk.

Antara makanan yang tidak boleh letak dalam peti ais adalah:

1. Bawang Merah
Kelembapan dalam peti ais membuatkan tekstur bawang merah menjadi lembik, mempercepatkan tumbuh akar dan tanpa sedar lebih cepat busuk. Seeloknya kita simpan bawang di tempat yang sejuk dan kering.

2. Kopi

Tidak ramai yang tahu sebenarnya, biji kopi atau serbuk kopi tidak baik disimpan di dalam peti ais. Ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasa dan aromanya. Simpan kopi di tempat yang kering dan sejuk.

3. Minyak Zaitun

Tesktur minyak zaitun akan jadi cepat beku seperti mentega jika disimpan di dalam peti ais.

4. Madu
Madu tidak akan rosak jika anda menyimpannya dalam kemasan yang tertutup rapat. Jadi anda tidak perlu menyimpannya dalam peti ais.

5. Bawang Putih
Tekstur bawang putih yang anda simpan dalam peti ais akan berubah menjadi seperti kering dan kecut. Lebih tahan lama kalau simpan bawang putih dalam bekas di tempat yang kering dan sejuk.

6. Roti

Roti akan lebih cepat kering jika disimpan dalam peti ais. Letak roti di dalam bekas yang ditutup sudah mencukupi, janji tidak melebihi tarikh luput.

7. Avokado

Meletak avocado dalam peti sejuk akan Melambatkan proses matang buah avokado.

8. Kentang

Menyimpan kentang dalam peti ais akan membuat teksturnya menjadi lembik dan rasanya menjadi manis. Lebih baik anda simpan dalam bekas di luar peti.

9. Tomato

Meletakkan tomato di dalam peti ais hanya membuat tomato jadi cepat kecut dan hilang rasa segar. Untuk jaga rasanya, elok anda beli secukup buat masak sahaja. Atau tomato yang dibeli boleh direndam dalam sedikit air. Tetapi jangan simpan terlalu lama, nanti tetap juga tomato jadi cepat busuk.


Nah, sekarang anda sudah tahu makanan apa yang cepat rosak jika disimpan di dalam peti ais, bukan? Jadi harus diingat, peti ais bukan tempat anda simpan semua baki makanan selepas dimasak.


Semoga Bermanfaat.

K bai.


You May Also Like

2 comments

drop your comment buddy.