Berhenti anggap 'kawan yang tidak dapat bantu kamu itu bukan kawan sebenar'

by - September 13, 2016






Assalamualaikum dan Salam Aidiladha,


Agak lama juga aku tidak memuntahkan tarian jemari di sini.. hmm..

Ingin dibukakan cerita,

Dewasa ini, Ramai yang merungut,

"Susahnya jumpa kawan yang susah senang bersama, semua tak boleh percaya.. semua tak boleh tolong.."

Hakikatnya orang macam ni adalah orang yang lemah, suka bergantung harap kepada orang lain,tidak percaya pada diri sendiri dan tidak mampu berdiri di kaki sendiri.

Mungkin juga kecewa sebab kawannya tidak mampu untuk menghulurkan bantuan di saatnya susah.
Mungkin juga waktu itu kawannya sendiri punya masalah lain.

Apa kau ingat kau seorang yang ada masalah?? kau ingat kawan kau ni tidak ada family dan kerja lain dan sentiasa nak hadap dan berdepan dengan masalah kau??

Well.. relax.. breath in.. breath out..

Just chill dan buat apa yang termampu.. yang kita tidak mampu itu.. cuba kongsi dengan family kita sendiri pula? boleh kan? kena ingat, di dunia ni kita bukan tidak ada 'siapa-siapa'..

Jangan pula bila kawan tidak mampu bantu kau terus pandang dia 'lain-lain'. faham kan maksud 'lain-lain'??
Kena ingat lagi, Tuhan tidak uji kita kalau kita tidak mampu.. kita cuma perlu duduk bertenang dan berfikir.. di tahap yang POSITIF. Bukan berfikir sahaja,tapi BERTINDAK.

Meminta bantuan dengan orang lain sebenarnya boleh.. tapi jangan terlalu berharap.
Keluarga kan ada? kawan lain kan ada? cuba bawa bincang.. duduk di meja bulat dan minum kopi secawan.. Insya Allah. Semuanya akan selesai.

Bekukan diri anda dari berfikir tentang 'kawan yang tidak dapat bantu kamu saat kamu terlibat dalam sesuatu masalah  itu bukan kawan yang sebenar'.

'Kawan itu' tidak mampu sebenarnya.
Jangan salahkan 'kawan itu'
Kita boleh cuba jalan lain.

Hadiah tidak selalu dibungkus dengan indah.
ia dibungkus dengan ujian, tekanan, masalah.. .

Termasuklah, masalah bila KAWAN TIDAK DAPAT BANTU KITA SAAT SUSAH.

 dan sebaliknya pula ada HIKMAH.

Kenapa perlu kerutkan kening?
Everything will be ok in the end, if it's not ok, it's not the end.

kbai. 






You May Also Like

1 comments

drop your comment buddy.