JANGAN lukakan hati ibu bapa
Assalamualaikum..
Selesai dinner.. husband ke meeting..
Now aku ditemani Opie & Ciko di rumah.. (Kucing kami)
Sedikit lemas badan malam ni tapi tiba-tiba gagah
menaip..penat simpan di fikiran mungkin..jadi aku buka tarian jemari di sini..ceritanya
begini..
Sedihnya bila kita melihat sendiri di depan mata.. anak yang
diberi harapan oleh ibu bapa..
Melukakan hati ibu bapa sendiri di depan mata..
Kadang-kadang aku sendiri berfikir.. mengapa?
Ya. Berhadapan dengan pelajar-pelajar kolej mungkin membuatkan
aku terlalu banyak mengalami situasi yang menyentuh hati.. pernah juga aku
menangis bila berhadapan dengan situasi yang TIDAK BOLEH AKU CERITAKAN.
Di mana bila sesi untuk menyelesaikan sesuatu KEJADIAN dan Sesi Kaunseling bersama
ibu bapa membuatkan air mataku tidak dipaksa untuk mengalir. Hanya tenang
menyusuri tubir mata.
Sedih bila mendengar ibu bapa pelajar yang bersuara..
“ Sudahla kita orang miskin.. bukan orang senang.. kau yang di
harap.. kau yang tidak boleh diharap..kenapa kamu buat kami macamni?”
waktu itu aku cuma tercengang.. hanya melihat wajah pelajar.. menunggu jawapan.. namun tiada.. tidak sanggup aku bertemu mata dengan ibu bapa pelajar tersebut.
Sedih.
Arang dicalit dimuka ibu bapa dengan tenang!!
Beruntung aku MAMPU kawal marahku.. ikut hati.. mungkin marahku menjadi.. tapi Syukur.. aku mampu mengawal..
Hmm..ada macam jalan cerita novel kan?? huh.
Anak yang dihantar untuk belajar dari jauh..Tidak mengendahkan
harapan ibu bapa.. Cuma lebih kepada niat BERCINTA. Dan membuat sesuatu yang..
AKU TAHU KALIAN YANG MEMBACA INI FAHAM.
Baik dari disiplin pelajar.. kesusahan pelajar..kes dan segala
macam lagilah..
Sungguh. Beruntung juga aku.. bergaul dan bekerja dengan rakan sekerja
yang berpengalaman.. juga mengajar aku untuk menjadi matang.. juga mengajar aku
untuk berhadapan dengan situasi yang tidak aku jangkakan. Juga memberikan aku
pengajaran.
Sungguh. SeBANYAK penat. Tekanannya lebih kepada mental
sehingga menyebabkan aku yang KUAT ni tiba-tiba diserang MIGRAIN.
Apa yang aku boleh buat cuma berikan nasihat.. kepada
pelajar.. motivasi..dorongan..
Selebihnya.. terima atau tidak.. aku tidak pasti.. Ya.. kamu
sudah besar.. sudah boleh fikir..
Tapi TOLONGLAH.. JANGAN LUKAKAN HATI IBU BAPA kamu.
Kerana kamu mungkin belum tahu.. payahnya ibu bapa membesarkan
kita dari kecil..
Yang sebenarnya cuma berharap.. Kamu menjadi seorang anak yang
baik.. di dunia dan akhirat.
Ingatlah.. apabila ibu bapa kamu terguris hati.. jangan kamu
persoalkan kenapa kamu tidak tenang di dunia dan tidak selamat di akhirat.
Ok lah.. nanti sambung lagi..
Kejap lagi kena buat spotcheck.
K bai.
0 comments
drop your comment buddy.