Sepi.

by - Januari 23, 2017





Sebuah tubuh tanpa jiwa berkelana dan mengembara..


mencari setitik makna kehidupan..


sebentuk jiwa yang terbentuk di satu sisi ruang kehidupan..


apalah gunanya menutup rasa bila pada akhirnya terjajah musnah segala rasa..


yang terbina tanpa dipinta..



aku disini duduk menyepi..


mencuba mengerti dan tunduk cuba merubah diri..

melalui hari.


tapi sekarang terlalu lemah jiwa ini..


untuk cuba mengerti dan hanya mampu menanti...



andai ada secoret cahaya dan segudang harapan dipinggir sana..

yang mungkin faham

mungkin aku dapat merasa..


sekelumit senang dan bahagia tanpa diselimuti awan kelabu hitam..

setidaknya ia mampu kembalikan aku ke posisi dimana aku mampu tersenyum di balik tirai gelap..

huhh..

ternyata aku salah..rasa ku mengaburi fikiranku..

terjadi ia, bermula dari setitik rasa yang tidak menyedari akan kebenaran letaknya..

takkan ku terlalu salahkan itu..

tapi aku kecewa dengan alur cerita ini..


Hampa..

bingung..bergelojak rasa sepi..

Masa itu. Aku perlukan.






nukilan:Haslina Kasbulah.





You May Also Like

1 comments

drop your comment buddy.