9 Teknik Meneran dengan betul semasa bersalin

by - Ogos 09, 2017



Assalamualaikum
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Sebagai seorang ibu mengandung, kita kena belajar teknik meneran dengan betul sebagai persediaan semasa bersalin nanti.

Haa.. yang baru 1st time mengandung mesti nervous kan? Saya pun.. haha.. tapi tidak apa kalau belum ada pengalaman tapi biar kita ada ilmu. Sekurang-kurangnya kita tahu sikit walaupun kita tidak tahu banyak semasa proses nak bersalin nanti.

ok jom kita tengok teknik meneran dengan betul. Ia memang berguna sebagai pengetahuan dan persediaan semasa kita sedang berjuang di atas katil wad bersalin nanti.

Info ni saya dapat dari Page  Info Ibu Hamil di facebook.


1. Angkat kepala sehingga mencecah dada.

2. Mata pandang ke perut.

3. Tangan pegang pergelangan kaki.

4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.

5. Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina.

6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.

7. Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Bernafas melalui mulut.

8. Dengar arahan jururawat dan doktor.

9. Elakkan menjerit-jerit sebaliknya banyakkan berzikir dan mengingati Allah sehingga semuanya selesai.

Saya sertakan Zikir Nabi Yunus untuk rujukan kita semua ;
↓↓↓↓




Proses meneran ketika bersalin ni kita tidak boleh pandang remeh . Kita kena bertenang dan bersabar kerana ia kunci utama kita untuk dapat mengharungi kesakitan bersalin dengan selamat.


Saya pun sebenarnya berdebar menanti proses bersalin yang tinggal 3 bulan lagi..

Doakan semuanya selamat k. Kalau ada tambahan.. please share di area komen k? love love love u all.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibu semua dan kongsikan kepada yang lain juga.. 

kbai.







You May Also Like

5 comments

  1. jika teknik yang kite buat tue dengan cara yang betul insyallah semuanya dipermudahkan...

    BalasPadam
  2. Mmg betul Tu.. ikut je arahan doktor Dan nurse. Kalau dia suruh teran... Teran. Kalau suruh tahan... Tahan.. kalau dia suruh tahan tapi teran nanti kotak besar.. hihi

    BalasPadam
  3. Semoga segalanya dipermudahkann. Dalam movie diorang tak pegang kaki pon. eheh.


    // afifahaddnan

    p/s - coming from Elsalicious blog list and I want to notify you that your blog is included in my bloglist too :)

    BalasPadam

drop your comment buddy.