Review Movie : Bad Genius

by - Ogos 18, 2017



Assalamualaikum.

Dari mula tengok trailer movie ni.. hati ni meronta-ronta mau tengok.. dan semalam.. jeng jeng.. keinginan terlaksana..



Sinopsis Cerita :

Mengisahkan tentang budak genius level superpower. Namanya Lyn, setiap exam cemerlang dengan jayanya tapi dia jenis tidak sombong and just cool.

Ni haa budak genius tu.. Lyn.


Satu hari ni, kawan dia (Grace) mengadu tentang lemahnya dia dalam akademik,niatnya cuma ingin jadi tutor..ajar sungguh-sungguh tapi still 'bengong' jugak si Grace ni.. bila sampai waktu exam pulak.. secara tidak sengaja Lyn bagi tiru jawapan dia dekat kawan ni..

Part ni la dia bagi tiru tu..

Si Grace ni pulak 'sedap-sedap' bagitau boyfriend dia (Pat) yang dia lulus tu pun pasal si Lyn bagi dia jawapan. Apa lagi, disebabkan si Pat ni anak orang kaya, dia pun offer Lyn untuk tirukan dia jawapan time exam. Bukan free tau.. WANG BESAR WANG BESAR. bila di kira, Lyn pun setuju sebab dia pun perlukan bantuan kewangan waktu tu.

Makin lama, makin besarla pulak bisnes Lyn ni.. dia pun jadi senang dan semakin power dalam 'bisnes'.Apa tidak, ramai budak kaya yang sanggup bayar semata-mata untuk cemerlang.. haha..
 
ni haa budak genius Bank. 
Munculla pulak si Bank,pesaing yang tidak kurang hebatnya..si Bank ni budak genius yang bencikan dunia penipuan. Hampir-hampir kantoi habis semua oleh budak ni.. at the end, si Bank ni pun terlibat sama dengan si Lyn.. haha.. komplot gitu.


Sesi meeting strategi..haha

Mau tau lagi kisah selepas kemunculan si Bank ni? tengokla sendiri. Haha.

My Review:

Jalan cerita seriously menarik, simple dan mudah faham

Banyak part yang mendebarkan, terutamanya part komplot tiru meniru.. skill 'tiru' diorang ni bukan biasa-biasa tau, memang tidak terfikir sama sekali.. haha..

Overall memang tidak senang duduk sebab kita pun mau tau samada misi diorang ni tercapai atau tidak.. 

Di sini ada part, kasih seorang ayah,anak dan ibu juga.. 


Pengajaran:

1. Semua kita berbeza. Jalan hidup dan cara hidup berbeza. masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.. tapi saling melengkapi kalau sudah bergabung meletup.. hahaha

2.Meniru sebenarnya tidak baik.. gituu.. sebab ending dia nanti, yang meniru akan terima padahnya..sebab bukan selamanya kita boleh tiru orang tu kan? Sepandai-pandai tupai melompat.. akhirnya? sambung sendiri. 

3.Percaya bahawa keluarga sentiasa ada untuk kita.

4. Jangan fikir 'duit' boleh beri kita segalanya.. walaupun adakalanya 'YA' . Kalau sudah sedar tu.. bawak bawakla bertaubat.. jangan sampai bawa padah pada diri.. 

5. Orang bijak memang sentiasa akan menang kalau kita bijak mengaplikasikan kebijakan kita tu.

ok. Thats all.
kbai.

Rating : 10/10

sebab aku rasa movie ni best gila.. haha.. 
Berbaloi duit belanja tiket wayang tu..


Nahh.. trailer dia.. ↡↡






You May Also Like

5 comments

drop your comment buddy.