Ajaibnya Air Mata..
Assalamualaikum..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hari ini aku akan menterjemahkan salah satu bab yang tercatat dalam lukisan hati aku…ada sedikit mendalam bunyinya..
Kadang-kadang kan kita ni manusia yang tidak mampu untuk meluah. Haa.. macam akulah, kadang-kadang aku mau.. sangat sangat mau untuk terjemahkan situasi yang sedang aku lalui dalam bentuk perkataan ataupun ayat.. tapi memang susah dan sebenarnya cukup susah.
Kadang-kadang ayat itu sendiri masih belum mampu untuk menggambarkan bagaimana perasaan kita ataupun situasi kita. Apa lagi bila individu yang kita pilih untuk mendengar luahan kita itu sebenarnya menunjukkan respon yang kita tidak inginkan.. Sedih bukan?
Part sedihnya kadang-kadang sampai tahap super best power kita masih cuba untuk bertahan..sehinggalah air mata jatuh dengan sendirinya..
Hebatnya kuasa Allah sebab anugerahkan kita air mata yang mampu menjadi peneman hidup di saat kita sukar, susah, putus asa ataupun saat kita jatuh.
Ajaibnya air mata, aku tidak payah untuk luahkan apa-apa.. hati cakap, “menangislah sepuas hati kau.”
Bila kau sudah puas menangis .. penat menangis.. bila kau sudah berhenti menangis .. tiba tiba datang perasaan ‘lega’ dalam hati kau. Pelik kan? Tidak perlu luahkan pada sesiapa pun tapi kita sudah mampu rasa lega.
Sebab itu kadang-kadang aku lebih memilih untuk menangis dari meluah. Semakin aku meningkat umur, semakin aku nampak dan tidak kisah jika manusia tidak ingin mendengar kata hati aku yang ingin aku utarakan.
Air mata aku sendiri sudah faham apa perasaan aku. Sebab bila makin banyak aku menangis, makin aku akan rasa satu perasaan lain yang akan timbul dalam diri aku iaitu perasaan, ‘kental’.
Perasaan tu la yang sedikit sebanyak mampu menolak aku untuk berdiri dengan kaki sendiri untuk berhadapan dengan bermacam macam cabaran.
Fuhh.. Nampak jiwa emosi tu di situ..
Pengajarannya di sini.. Jangan harap pada manusia untuk jadi kuat, tapi berharaplah pada Allah untuk diberi kekuatan. Berhentilah mengabaikan ‘DIA’.
Insya Allah.. kita akan kuat. Wallahu’Alam.
k bai.
love love. ❤
4 comments
Yang paling layak untuk air mata kita semestinya Allah swt
BalasPadamSebab air mata penyesalan semasa taubat dapat padamkan api neraka
Setuju.. 😊
PadamSy fhm..seringkali ..huhu..bila menngis lebih lega drpd luahkn pd org yg x phm kita..dn kita pun skr nk terjmhkn rsa hti tu😥
BalasPadamkan sis.. ajaibnya air mata.. boleh buat kita lega sangat...
Padamdrop your comment buddy.